TITIPAN DARI ASYIFFAH.88

JADIKAN DIRIMU INSAN YANG MULIA. JIKA KAMU BERJAYA DENGAN CEMERLANGNYA...ALHAMDULILLAH, JIKA KAMU KANDAS,TIDAK BERERTI HIDUPMU TUMPAS. TUNTUTLAH ILMU MENUJU ILAHI YANG MAHA ESA SEBAGAI PENGISIAN ERTI HIDUP YANG SEBENARNYA.

Sunday, May 20, 2007

Konsep Sekolah Penyayang

‘ PENGISIAN KONSEP ‘SEKOLAH PENYAYANG ’
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MELAKA,
BUKIT PIATU, 75150, MELAKA.


1.0 PENGENALAN

Pendidikan berkonsepkan Sekolah Penyayang hari ini kurang jelas kedengaran dan disebut-sebut orang berbanding dengan pendidikan berkonsepkan Sekolah Kluster Bertaraf Dunia, dan pendidikan berkonsepkan Sekolah Bestari dalam era globalisasi. Namun dari petikan yang tersirat di atas saya teruja untuk meneliti dan mengkaji apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebur iaitu mewujudkan suasana pendidikan yang berkonsepkan “Sekolah Penyayang” . Konsep Sekolah penyayang amat wajar dilaksanakan di semua peringkat Institusi Pendidikan terutama di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah kerana perlaksanaan konsep ini akan dapat mengisi wawasan pendidikan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan berseppadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, rohani, emosi dan jasmani.
Berdasarkan petikan diatas, saya ingin mengintepretasikan maksud beberapa perkataan utama dalam petikan tersebut. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat : sayang-menyayangi ; sayang bermaksud mengasihi, mencintai, kasihan , berasa belas, kasih dan juga cinta. Menyayangi bermaksud berasa sayang akan, mengasihi, mencintai. Dengan itu perkataan sayang-menyayangi boleh dijelaskan sebagai perasaan kasih-mengasihi, cinta-mencintai atau pun perasaan belas kasihan akan seseorang kepada seorang yang lain. Kemesraan ; mesra bermaksud erat atau karib benar ( bersahabat, berkasih –sayang), bermesra ertinya bersahabat dengan mesra, berbaik-baik , beramah mesra; bermesraan ialah bergaul atau bersahabat dengan ramah mesra antara satu sama lain dan kemesraan ialah perihal mesra. Budaya ; Tamaddun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi; Negetif bermaksud pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju atau ingkar; tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti yang membina keyakinan, semangat , kepastian dan lain-lain. Budaya Negetif atau Gejala yang tidak sihat boleh dimaksudkan peradapan yang mundur, tigak maju dan tingkahlaku serta akal budi yang tidak berkualiti yang cenderung kepada kesan atau pengaruh yang tidak elok , merbahaya dan merosakkan. Contoh budaya negetiv seperti merokok, pergaulan bebas, black metal, pengambilan dadah , ponteng sekolah dan sebagainya.
Sekolah Penyayang membawa maksud sesebuah sekolah yang baik iaitu yang memiliki budaya suka belajar, tidak kira murid, guru atau pentadbir, memiliki kualiti hubungan kemanusiaan yang tinggi antara guru dengan ibu-bapa, guru-dengan guru, guru dengan murid dan guru dengan pentadbir suasana persekitaran sekolah yang indah, mesra dan tenang( Duke Amiene Rev, Australia, Harian Metro, 21 April 2007).
Konsep Sekolah Penyayang mempunyai ciri-ciri pengamalan budaya ilmu dan perhubungan kemanusiaan yang tinggi, pendidikan sepanjang hayat, amalan Budaya Cemerlang dan masyarakat penyayang dalam instisusi pendidikan. Pemupukan dan pendedahan kepada pelajar mengenai soal-soal masa depan dan keprihatinan guru terhadap kebolehan dan keunikan setiap pelajar di sekolah diutamakan. Guru belajar dan meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam mendidik pelajar dan pihak pentadbir berusaha memahami keadaan dan kekurangan yang wujud di sekolah. Pengetua memperbaiki setiap kelemahan yang wujud di sekolah dengan segera, rasional dan beretika serta mengurangkan tekanan yang menghalang pelajar mahupun warga sekolah untuk hadir ke sekolah. Dalam suasana yang relaks dan gembira sepanjang masa berada di sekolah, gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh para pelajar samada di sekolah atau di luar sekolah dapat dielakkan, dihindari dan dibendungi.Amalan Sekolah Penyayang mampu melahirkan ramai pemimpin negara kerana didikan yang diberikan kepada para pelajar adalah didikan yang berkuliti dan selaras dengan matlamat pembangunan insan.. http://dukeamienerev.blogspot.com