Allah mencipta bumi dan langit serta melindunginya dengan lapisan ozon bagi mengawal pencemaran angkasa dalam ruang lingkupnya. Kejadian gangguan ozon mulai disedari apabila suhu kepanasan bumi meningkat dari masa ke semasa. NASA membuktikan ozon bumi bocor di kawasan kutub utara kesan daripada aktiviti manusia. Lihat foto bumi dan ozon bocor.
Kesannya kepada muka bumi, suhu dan darjah kepanasannya meningkat dan mempengaruhi bukan sahaja di kawasan sekitarnya malahan di seluruh bahagian bumi. Lihat foto kawasan terpanas di bumi. Natijah kepanasan cuaca, hawa panas menembusi kerak bumi hingga kelapisan tanah di dalamnya. Kepanasan yang melampau merubah sifat tanah yang terdiri daripada pelbagai batu-batan daripada pepejal kepada cecair . Cairan batu panas akan mengalir dan beranjak dari tempat asalnya dan pada masa yang sama mencairkan bahan yang dilaluinya . Pergerakan batu cair panas berterusan menggugat bahan batuan yang dilaluinya dan membawa bersamanya lalu meninggalkan rongga-rongga yang besar tinggalan batu cair tadi. Maka terbentuknya ruang -ruang kosong seperti gua.
Akibat beban tanah dan batuan diatas rongga tersebut berat diikuti kekuatan tanah di bawahnya hilang akibat rongga tersebut, tanah di atasnya akan runtuh membentuk gelinciran atau penurunan aras bumi. Gelinciran menggegarkan kawasan berkenaan dan disekitarnya yang mana kesannya mampu membawa kemusnahan .
Ditakdirkan gelinciran bumi berlaku di dataran, maka wujudlah gempa bumi . Apabila gelinciran berlaku di lautan maka pergerakan dan anjakan tanah akan membentuk lubang yang besar yang membolehkan sejumlah besar air memasuki kawasan di rongga tersebut. Perubahan aras air yang mendadak mengwujudkan ombak yang besar dan dalam situasi yang amat ketara akan berlakulah gelombang yang tinggi hingga menyebabkan berlakunya tsunami .
http://earthobservatory.nasa.gov/Newsroom/NewImages/images_index.php3?page=18
TITIPAN DARI ASYIFFAH.88
JADIKAN DIRIMU INSAN YANG MULIA.
JIKA KAMU BERJAYA DENGAN CEMERLANGNYA...ALHAMDULILLAH,
JIKA KAMU KANDAS,TIDAK BERERTI HIDUPMU TUMPAS.
TUNTUTLAH ILMU MENUJU ILAHI YANG MAHA ESA SEBAGAI PENGISIAN ERTI HIDUP YANG SEBENARNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
maklumat yang dipaparkan manarik
Post a Comment